PANTANG BERUNDUR SEBELUM BERJUANG
ANAK MELAYU ANAK WARISAN
PANTANG BERUNDUR SEBELUM DICABAR
TOLAK TEPI ISU PERKAUMAN
DEMI KEAMANAN NEGARA TERCINTA
AHMAD SYAMIM BIN MUHAMAD NASIR
NOOR HELMY RAFIE BIN ABDULLAH
ROHAN A/L M.RAJAN
Saya AHMAD SYAMIM BIN MUHAMAD NASIR sebagai ketua menteri tanah melayu, bersama pembantu saya NOOR HELMY RAFIE BIN ABDULLAH dan ROHAN A/L M.RAJAN berperah keringat dan berputih tulang demi kemerdekaan negara tercinta.
SILALAH REVIEW DAN BACA BLOG KAMI
DEFINISI PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang negara,adat atau peraturan yang lazim diguna pakai.
Pelembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan secara antara institusi kerajaan ,sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan .
Perlembagaan juga akan menetapkan had- had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemeritah.
TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
- Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
- Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
- Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
- Sebagai alat untuk myelesaikan masalah
- Menjamin riwayat negara bangsa
- Menjamin keamanan dan kestabilan negara
KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- Keluhuran perlembagaan adalah prinjsip Rukun Negara yang ketiga yang bermaksud ketinggian perlembagaan atau Undang-Undang.
- Kuasa Perlembagaan Malaysia adalah mengatasi kuasa Yang-dipertuan Agong,parlimen,jemaah menteri dan makhaamah.
- Semua undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidah sah dan terbatal sama sekali.
- Undang-Undang negeri juga mestilah selaras dengan Perlembagaan Malaysia.
- Mahkamah juga telah diperuntukan kuasa untuk membatalkan akta yang diluluskan diluar bidang kuasa Parlimen.
- Mahkamah juga berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang.
PERANAN & KESAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
- Mewujudkan pemerintahan yang adil
Sebagai contoh walaupun agama islam sebagai agama rasmi negara tetapi agama lain juga bebas diamalkan.
- Mengekalkan riwayat negara bangsa
- Menjaga kestabilan negara
- Alat peyelesaian masalah
KESIMPULAN
Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang menpunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan di negara ini.Walaupun perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci,Namun,perlembaggaan tersebut telah berjaya menlicinkan pertadbian negara dan mewujudkan keamanan serta kestabilan negara.Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.Hal ini kerana,sejarah pembentukan perlembagaan adalah atas dasar persetujuai semua kaum.Perlembagaan juga menjadi dasar kepada perbentukan sistem Demokrasi berparlimen di Malaysia.Melalui perlembagaan,setiap warganegara sama pemerintah atau rakyat mendapat hak masing -masing dan pembelaan yang sewajarnya.
RUJUKAN
>http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
>http://notapengajianam.blogspot.com/2010/04/pengenalan-perlembagaan.html
>http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/malaysia/perlembagaan
>Buku Pengajian Malaysia (edisi terkini)
>Buku pengajian Malaysia Edisi kelima
No comments:
Post a Comment